KUANTAN – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
Beliau bagaimanapun menyifatkan penyebaran itu adalah fitnah, dan cuba merosakkan hubungannya dengan pemimpin DAP, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui.