Tular baru-baru ini isu yang melibatkan seorang pekerja Pos Malaysia yang memohon diberikan pakaian seragam baharu bagi menggantikan uniform lama yang telah lusuh dan koyak.
Menerusi tangkap layar sebuah aplikasi sembang, seorang pekerja bertanya bilakah dia akan menerima uniform baharu kerana ada pelanggan yang menegur pakaiannya itu.