Agak lama tak nampak kemunculan bintang filem Gol dan Gincu, Raja Farah di majlis-majlis hiburan. Sejak mendirikan rumah tangga, nama aktres ini seakan sepi daripada sebarang aktiviti lakonan. Apatah lagi apabila sudah bergelar ibu, tumpuan Raja Farah kini pastinya lebih fokus kepada anak-anak dan suami tercinta.
Raja Farah atau nama penuhnya Raja Farah Raja Aziz meniti usia 33 tahun. Dia selamat bernikah dengan Iskandar Ismail pada 6 September 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Imran Iskandar dan Ilham Iskandar.