PELAKON Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh berpendapat, beliau seperti ‘gagal’ dalam kehidupannya sebagai seorang wanita kerana tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.
Pemenang Oscar itu berkata, beliau sentiasa mahu mempunyai keluarga dan perkahwinan pertamanya – dengan ahli perniagaan Sir Dickson Poon – sebahagiannya ‘mengenai mempunyai anak, generasi akan datang dan semua itu’.