MALAYSIA mengesahkan slot ke separuh akhir acara regu berpasukan di Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025, selepas meraih kemenangan kedua dalam kumpulan B selepas menumpaskan Jepun 3-0 di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.
Regu pertama negara yang dibarisi trio Amirul Zazwan Amir (pengumpan), Muhammad Syahir Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) menyumbang mata pertama negara selepas menang 15-11, 15-7.