MALAYSIA menempah tiket ke separuh akhir acara kuadran selepas menundukkan Filipina 2-1 pada kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di sini malam ini.
Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Mohammad Zulkarnain Abdul Rahman menduduki tangga kedua Kumpulan B dan akan berdepan Jepun bagi penentuan juara kumpulan, esok.