SHAH ALAM – Seorang jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci pagi tadi akibat serangan jantung.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jemaah yang dikenali sebagai Abdullah Mat, 59, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Jiwar, Jabal Omar, Makkah.