MAKKAH – Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci, menjadikan jumlah keseluruhan sembilan orang setakat ini bagi musim haji 1446H/2025M.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, jemaah berkenaan, Syed Baharom Syed Hussin, 72, dari Alor Setar, Kedah, sebelum ini menerima rawatan akibat serangan jantung di Khemah Mina dan dibawa ke Hospital Arab Saudi.