SINTOK – Panas terik tengah hari tidak mampu menandingi rasa sepi di hati Putera Iman Shah Shahiran, 19, ketika menuruni tangga Stesen Kereta Api Arau dengan beg besar terseret di tangan dan dua beg sandang di bahu.
Anak tunggal yatim piatu itu tiba untuk mendaftar sebagai mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) tanpa ditemani sesiapa, hanya berbekalkan semangat dan kenangan bersama arwah ibu serta ayah yang sudah pergi menghadap Ilahi.