KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor akan mengemukakan nama yang dicalonkan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang seterusnya kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, beliau berkata, ia terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong yang memutuskan dan melantik Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah.