KUALA LUMPUR – Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan yang sama, meskipun mereka ditempatkan di dua kem berbeza mengikut jantina.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Mejar Jen Datuk Ya’cob Samiran berkata, pelatih lelaki yang ditempatkan di Kem Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan, Pahang akan menjalani latihan yang sama seperti pelatih wanita di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini.