PORT DICKSON – Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk MCA dan MIC akan terus diberikan peluang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Presiden BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu telah menjadi ketetapan gabungan berkenaan termasuklah menggunakan lambang sendiri pada pilihan raya akan datang.