SHAH ALAM – Semua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara diisytiharkan cuti pada Isnin.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki susulan kejayaan MRSM Balik Pulau menjuarai Kejohanan Super Schools Rugby (SSR) 2025.