KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, bahawa segala-galanya berjalan dengan lancar dalam keluarga Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Beliau yang juga Pengerusi GRS berkata demikian selepas mengadakan pertemuan santai minum petang bersama tujuh presiden parti komponen GRS di Sri Gaya, pada Rabu, yang disifatkannya berlangsung dalam suasana yang harmoni.