KOTA BHARU – Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran pil kuda yang dikesan menyembunyikan dadah berkenaan di bawah timbunan najis lembu dalam sebuah kandang.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Deputi Komisioner Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, kegiatan sindiket itu terbongkar selepas polis menahan enam suspek warga tempatan termasuk seorang wanita pada 27 Jun lalu.