KUCHING – Polis Sarawak menahan sembilan lelaki dan seorang wanita disyaki terlibat kes pecah rumah, curi kabel dan memiliki senjata berbahaya di sekitar bandar raya ini.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kesemua suspek dalam tiga kes berasingan itu merupakan warga tempatan yang berusia 18 hingga 50 tahun dan turut mempunyai rekod jenayah lampau, selain saringan air kencing mereka turut positif dadah.