KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 3 petang Isnin,
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Alor Gajah di Melaka mencatatkan bacaan IPU tertinggi, iaitu 157 diikuti Seremban, Negeri Sembilan (155) dan Kemaman, Terengganu (153).