ISKANDAR PUTERI – Misteri kehilangan seorang guru yang didapati tidak hadir bekerja sejak 24 September tahun lalu akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya di sebuah rumah di kawasan Bandar Selesa Jaya, dekat sini, pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu hasil satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Nusa Bestari pada hari yang sama.