SHAH ALAM – Kerajaan disaran untuk menyemak semula gaji anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kerana pendapatan diterima kini tidak setimpal dengan skop kerja yang dilakukan.
Bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, anggota beruniform itu sepatutnya menerima kadar upah yang lebih baik berbanding penjawat awam lain.