SHAH ALAM – Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) untuk memperkukuh tadbir urus organisasi dengan segera agar keselamatan dana latihan industri terjamin.
Presidennya, Tan Sri Datuk Soh Thian Lai berkata, kekurangan yang ditonjolkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2004 menunjukkan perubahan struktur pentadbiran yang lebih mendalam perlu dilakukan.