KUALA LUMPUR – Kediaman seorang individu bergelar Tan Sri yang dikaitkan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan sebuah lebuh raya di Lembah Klang dikawal ketat polis bantuan pagi ini.
Berdasarkan tinjauan Awani, beberapa pengamal media cuba menghampiri pekarangan kediaman pemegang konsesi lebuh raya itu namun usaha itu tidak mendatangkan hasil.