BANGI – Pemilik lesen Kelas B1 dan B2 dinasihatkan menyelesaikan semua saman tertunggak dan senarai hitam bagi membolehkan layak menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM).
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, saman dan senarai hitam itu melibatkan dua agensi penguat kuasa iaitu JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).