SHAH ALAM – Kerajaan Selangor sedia meneliti keperluan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ini sebagaimana saranan dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin dan Jabatan Kesihatan Negeri terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.