SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menyasarkan untuk menyimpan dana sehingga RM300 juta dalam tempoh 10 tahun melalui Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari berkata, suntikan dana ke dalam tabung berkenaan bakal bermula pada 2026 sebagai kumpulan pertama simpanan.