KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor pada Sabtu melancarkan inisiatif Khairat Darul Ehsan (KDE) sebagai entiti tunggal dalam penyaluran bantuan kewangan berjumlah RM1,000 kepada waris keluarga bagi meringankan beban kos pengurusan kematian.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebelum ini bantuan kewangan kepada waris yang meninggal dunia disalurkan melalui pelbagai program berasingan seperti Skim Mesra, Iltizam Selangor Sihat (ISS), dan Skim Insurans Am Selangor (Insan).