GERIK – Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila kereta dipandunya diserang sekumpulan gajah liar di Kilometer 11 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam berhampiran Tugu Peringatan Pembinaan Jalan Raya Timur Barat itu, mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Vios dari arah Jeli menghala ke Gerik terpaksa menyelamatkan diri selepas dikepung tiga ekor gajah yang tiba-tiba menghampiri kenderaannya.