KOTA TINGGI – Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan di Johor akan melaksanakan cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad sebelum cuti akhir persekolahan sesi 2024/2025 bermula 18 Januari tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, perubahan cuti berkenaan akan membabitkan 583,373 murid dan lebih 48,000 guru di bawah Kementerian Pendidikan.