SHAH ALAM – Program Sejahtera Madani (SejaTi MADANI) yang dilancarkan Mac 2024 untuk merangsang aktiviti ekonomi telah melahirkan 6,548 perusahaan komuniti dengan 22,000 peluang pekerjaan.
Pengarah Pembangunan Sosioekonomi di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dr Hazif Hamid, inisiatif ini menggerakkan penyertaan aktif akar umbi dan memupuk daya inovasi dalam kalangan pemimpin komuniti untuk merealisasikan peluang ekonomi tempatan.