MACHANG – Seekor ular sawa batik sepanjang hampir 10 meter dengan berat kira-kira 100 kilogram (kg) berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Machang di Kampung Takir Dalam di sini pada Sabtu.
Operasi mengambil masa lebih sejam itu dilakukan selepas APM menerima panggilan kecemasan daripada Perkhidmatan Respons Kecemasan 999 berhubung keberadaan reptilia tersebut pada jam 12.38 tengah hari.