PENUBUHAN universiti sukan yang dicadangkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) semalam dilihat sebagai langkah cukup tepat dalam memajukan lagi industri sukan di negara ini.
Penganalisis sukan, Datuk Pekan Ramli berkata, dengan adanya universiti sukan ini, ia mampu dijadikan sebagai tempat pemusatan kepakaran akademik yang membolehkan pelbagai kajian dan inovasi kreatif dalam bidang sukan dilaksanakan secara sistematik.