KUALA KRAI – “Esok majlis akad nikah saya, tidak sangka bertukar menjadi majlis tahlil,” luah Mohd Syafiq Abdul Rahim, 24, adik kepada salah seorang mangsa kemalangan maut di Kampung Sungai Sam, di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian tragis itu, kakaknya Nurul Ain Abdul Rahim, 39, anak tunggalnya Nur Atikah Najihah Mohd Shah Penilzain, 18, dan menantu Mohamad Faris Kamaludin, 24, maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres kira-kira jam 11.20 pagi.