Sedap & menyelerakan, buah tembikai snek makanan sihat sesuai seisi keluarga. Khasiat buah tembikai untuk kesihatan tubuh memang hebat. Kalau kita tahu pasti kita akan makannya setiap hari. Sedap pun iya juga.
Untuk pengetahuaan anda, buah tembikai bukan sahaja rendah kalori dan lemak, tetapi juga tinggi vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Kandungan air dalam buah tembikai juga tinggi. Lebih kurang 92 peratus air ada di dalam buah tembikai.