SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, menetapkan sebutan kes menghina mahkamah membabitkan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed, pada 28 Januari tahun depan.
Timbalan Pendaftar, Mohamad Suffian Jaafar memutuskan demikian selepas permohonan berkenaan dibuat di Jabatan Insolvensi kepada Mahkamah Tinggi di sini pada 20 September lalu.