Pelakon Syafi Tee mengakui tuntutan watak sebagai pekerja pejabat bernama Zain Azman dalam drama bersiri terbaharu berjudul ‘Opis Politik’ mempunyai cabaran tersendiri.
Anak kepada pendakwah bebas, Ridhuan Tee ini turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan pelakon senior, Rashidi Ishak dalam drama tersebut.