Bintang antarabangsa genre dancehall, Sean Paul, bakal menggamatkan pentas Malaysia dalam sebuah konsert eksklusif yang dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober 2025.
Konsert ini, yang dijangka menjadi antara acara muzik paling berprestij tahun ini, dianjurkan oleh Epic Elation dengan sokongan daripada Sound Innovations, Spike Productions, dan LFG Entertainment.