Bintang global dancehall, Sean Paul, sah bakal menggegarkan pentas Malaysia menerusi konsert istimewa pada 10 Oktober depan yang akan berlangsung di Idea Live Arena, Kuala Lumpur.
Dianjurkan oleh Epic Elation dengan kerjasama Sound Innovations, Spike Productions dan LFG Entertainment, konsert ini dijangka menjadi antara acara muzik paling diingati tahun ini.