Selepas 12 tahun akhirnya ‘Score Marathon Putrajaya With AIA’ muncul acara marathon kedua di Malaysia yang mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai ‘World Athletics Road Races Label 2025’.
Acara itu juga menjadi platform untuk kelayakan ‘World Marathon Majors’ kepada semua pelari yang ingin melayakkan diri ke dalam tujuh acara marathon utama dunia.