JAKARTA – Bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menzahirkan penghormatan tulus terhadap Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menyifatkan beliau sebagai ‘sahabat sejati dan insan berintegriti tinggi’ susulan pemergian beliau pada Isnin.
Susilo yang berkhidmat dari 2004 hingga 2014, mengenang Tun Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah sebagai seorang pemimpin yang ikhlas dan berprinsip, serta komited memperkukuh hubungan Indonesia-Malaysia.