MELIHAT potensi cerah dalam bidang penternakan yang mampu memberikan pulangan lumayan membuatkan usahawan muda, Sayyid Mohammed Mubarak Mohamed Abu Bakar tidak ragu-ragu memilih menjadi penggembala kambing sejak tiga tahun lalu.
Namun, menyedari cabaran dan risiko dalam bidang ternakan yang perlu diusahakan dengan sistematik serta bersungguh-sungguh, usahawan berusia 36 tahun itu mengakui perlu mempunyai ilmu dalam penjagaan haiwan ternakan terlebih dahulu.