KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meluahkan rasa sayu apabila melihat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir terpaksa berpindah-randah demi menduduki peperiksaan tersebut.
Menerusi hantaran di laman sosialnya, beliau turut menyifatkan situasi itu antara cabaran yang terpaksa diharungi pelajar berkenaan demi menempa kejayaan.