SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak pernah mengarahkan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar untuk membunuh Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Najib, 71, berkata, beliau juga tidak pernah bertemu wanita Mongolia berkenaan dan pengakuan itu telah direkodkan dalam akuan bersumpah dan sumpah laknat beberapa kali, sekali gus menafikan beliau dalang di sebalik pembunuhan kejam itu.