KOTA KINABALU – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan tidak mahu namanya dilibatkan dalam plot atau mainan politik parti lain yang menggesa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berundur daripada jawatannya.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, pihaknya sentiasa menyokong Ketua Menteri dan juga kepimpinan beliau dalam kerajaan.