SHAH ALAM – Penggantungan selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat terhadap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal disifatkan sebagai satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara.
Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelaskan, beliau langsung tidak diberi peluang untuk membela diri sewaktu usul terhadapnya dibuat.