Pelakon suara watak Arnab dalam filem ‘Dongeng Sang Kancil’ iaitu Dinda Dania, 19, mengakui mahu memberi tumpuan dalam bidang lakonan setelah menganggap dirinya berjaya melakonkan watak dalam animasi itu.
Dinda berkata, dia kini tiada perancangan untuk melanjutkan pengajian, malah lebih berminat untuk menjadi anak seni.
“Syukur sangat, saya rasa berpuas hati dengan lakonan saya sendiri. Saya sendiri tak sangka saya boleh bawa watak ini dengan baik, kerana bukan mudah kita nk berlakon dalam masa sama menghayati watak yang hanya merakam suara kita.
“Saya sebak sebenarnya apabila tonton semula lakonan saya dalam filem ‘Dongeng Sang Kancil’ dari awal hingga akhir.
“Setakat ini saya belum ada apa-apa perancangan untuk sambung belajar. Mungkin satu hari nanti, tetapi bukan dalam masa terdekat kerana saya rasa saya lebih berminat untuk berlakon,” katanya kepada Gempak.
Bercerita mengenai lakonannya dalam filem ‘ Dongeng Sang Kancil’ kata Dinda, dia menangis saat melihat semula watak yang dilakonkan.
Dia mengakui, pada awalnya perasaan takut sering membelenggu dirinya kerana bimbang watak yang dibawakan gagal dan tidak diterima produksi.
“Sebenarnya saya sebak. Lepas habis preview filem saya menangis. Kerana saya tak sangka yang saya bawakan watak itu dengan baik sekali.