Impian penyanyi Aina Abdul untuk memenangi trofi Vokal Terbaik akhirnya tercapai apabila persembahannya menerusi lagu Sepi diumumkan sebagai pemenang kategori tersebut di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36, pada Ahad lalu.
Di samping menyatakan rasa syukur, Aina akui dia memang mengimpikan anugerah berkenaan sejak kali pertama bertanding di pentas berpestij itu.