TENOM – Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa bukti yang dikemukakan di mahkamah memberi kesan kepadanya kerana dikecam oleh warga maya.
Pengadu yang juga saksi pendakwaan yang kesembilan berkata demikian ketika menjawab pemeriksaan semula pihak pendakwaan selepas dirujuk soalan pemeriksaan balas oleh peguam, Datuk Ram Singh dalam perbicaraan sebelum ini.