SHAH ALAM – Seorang rakyat Malaysia yang ditahan di pusat tahanan Teluk Guantanamo di bawah kendalian Amerika Syarikat (AS), Mohammed Farik Amin mendedahkan pelbagai bentuk seksaan yang dilaluinya ketika disoal oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Memetik laporan Free Malaysia Today (FMT), lakaran itu dibuat Mohammed Farik atas nasihat peguam, Christine Funk membabitkan tempoh lima tahun terakhir penahanannya sebagai usaha untuk memohon hukuman diringankan.