Hari Raya sepatutnya menjadi saat paling bermakna untuk keluarga. Tetapi bagi pelakon serba boleh, Azhan Rani, setiap kali Aidilfitri tiba, ia bukan lagi sambutan yang dinanti sejak pemergian arwah bapanya pada tahun 2016.
“Masa dia ada, saya seronok dengan Hari Raya. Setiap kali raya, saya akan pastikan kami pakai baju sedondon, lengkap berbaju Melayu. Tapi sejak 2016, saya cuma mampu pakai t-shirt masa sembahyang Hari Raya.”
Dalam temu bual bersama podcast Sembang Seram, Azhan berkongsi bagaimana kenangan bersama arwah abah begitu kuat membekas dalam dirinya. Bahkan, menyarung baju Melayu pun kini jadi terlalu menyakitkan kerana ia terlalu sinonim dengan memori indah mereka beraya bersama.