Personaliti media sosial, Imran Bard baru-baru ini tampil membuat permohonan maaf kepada pelakon, Ellie Suriaty berikutan ketelanjurannya mempersenda nama pelakon tersebut di dalam videonya di Tiktok.
Menurut Imran atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story, beliau terpaksa mengambil masa untuk membuat permohonan maaf ini untuk menilai semula segala tindak tanduknya sebelum ini.