SEREMBAN – Selepas tiga tahun berjuang demi anak perempuannya yang didakwa menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh seorang pemandu van sekolah, seorang bapa akhirnya akur dengan keputusan Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat yang tidak berpihak kepada mereka.
Lelaki berusia 35 tahun itu mengakui bukan mudah untuk beliau dan isteri menerima keputusan tersebut, apatah lagi memikirkan kesan trauma yang dialami anak mereka akibat kejadian itu.